Notis Pemberitahuan                MAKLUMAN PENANGGUHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SURAT KELULUSAN SECARA DASAR (AP) DAN LESEN BAHARU DI BAWAH AP                 Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Kerja Sarawak masih menangguhkan keputusan permohonan Surat Kelulusan Secara Dasar (AP) dan Lesen Baharu di bawah AP sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP1) sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan. Ini adalah dengan mengambilkira polisi semasa di bawah PKPB ini yang tidak membenarkan kemasukan pekerja dari luar negeri Sarawak seperti yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak atau Sarawak Disaster Management Committee (SDMC). Sebarang perubahan berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sehubungan dengan itu aktiviti penerimaan permohonan AP dan lesen baharu di bawah AP di semua Pejabat Tenaga Kerja di Sarawak juga ditangguhkan.                 Sekian. Harap Maklum.                 Dikeluarkan oleh: Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.